Total Pageviews

Followers

Friday, April 22, 2011

i'm totaly sick of you


I'm still not satisfied with you. Lagi aku cakap, lagi kau mengiyakan. Aku memang rimas gila dengan kau but guess what? aku buat-buat tak kisah sebab I'm willing to make this work. Looks like you're just making it worst. You and that, that. Huh. Please don't test my patience. Okay?Only God knows how I feel about all this dumb mess. Hidup aku dah cukup bercelaru. Jangan suka-suka nak tambah lagi masalah aku. Faham?
 
what i need is just get away from my life !

Wednesday, April 20, 2011

jin masjid ??




Gambar ini memaparkan suatu penampakan misteri yang aneh di angkasa. Pengirim hanya menyatakan bahawa gambar ini adalah gambar jin. Lokasi dan masa gambar diambil tidak dimaklumkan.

Kelihatan di dalam gambar seperti sesuatu sedang melayang di udara. Nak kata layang-layang apa ke pelik benor rupa layang-layang?

Tinggalkan pendapat anda untuk dikongsi bersama.

Terima kasih kepada pengirim dan teruskan mengantar gambar hantu untuk dikongsi bersama.
 
 

Monday, April 11, 2011

Mia Farrow's kembali



Yeay! mia farrows kembali mengupdate blog semula setelah sekian lama menyepikan diri.. hahahhaa ..  perkara yang sudah lepas jangan di ingat kan kembali..
maaf kan ku jika aku buat kesilapan.. kepada para blogger mahu pon teman-temanku.. dan kepada Encik Q :)

sambil tu mia nak ucapkan terima kasih kepada  nana roger's  hahaha  thnx nana.. sangat cute! i Loikeeee
thank's again nana..

Btw kan, korang persan tak apa yang berubah dalam gamba nie??
A) mia dah gemok?
B) gigi dah hilang?
C) potong rambut
D) eee mia makin canttik laa ( ayat nak minta penampar) 

hahaha cuba korang teka.. apa seh yang berubah.. hahahhaa
kalo korang dapat teke dengan tepat...
jeng..jeng..jeng...


Senjakala Di pawagam 14 April 2011

Senjakala



perh! tajuk die pon dengar dah menakutkan.. belom lagi dengan cerita die.. owh sebelum terlupa.. Hai you all's.... cerita ni menarik perhatian mia untuk tengok filem nie.. rasa macam best..
jom semua kita penuhkan panggung tengok cerita nie..


Filem Senjakala memuatkan tema saka. Watak utamanya, Karlisa, adalah pewaris saka tanpa diketahui olehnya sendiri. Emak Karlisa, Puan Mazidah tidak mahu mewarisi saka yang dipelihara oleh Opah Maimun, nenek Karlisa dan emak kepada Puan Mazidah. 

AKibatnya, Opah Maimun sukar untuk menghembuskan nafas terakhir ketika nazak. Kerana kesian, ayah kepada Armand, Tuan Salleh, bertindak mengambil saka tersebut lalu memeliharanya. Ketika Tuan Salleh meninggal, saka warsan itu berpindah kepada Armand, anak lelaki Tuan Salleh.

Armand jatuh cinta kepada Karlisa ketika Karlisa pulang ke kampung kerana dipanggil oleh suara misteri yang sering didengari olehnya. Suara yang memanggil-manggil Karlisa untuk balik ke kampung adalah suara milik saka dibawah jagaan Armand, simply kerana saka tersebut mahu kembali ke pangkuan waris tuan asalnya, iaitu Karlisa, cucu kepada Opah Maimun.

haih.. penant betul taip.. tiru balik dalam majalah By'U nie.. bile search je dah ada  sinopsis dekat Internet nie.. haih.. apedaaa... 

pape pon, jom kita pergi tengok filem nie.. agak menarik hahaha yang best nye bunyik yang menyeramkan tuee.. :P


Sunday, April 10, 2011

bila hilang satu meesti hilang satu, gerenti!

ni bukan perang biasa.

Ini perang besar dalam diri. Perang antara keselesaan dan nikmat yang diterima atas usaha selama ini dengan kesunyian yang pernah menjadi sahabat karib dulu - dulu kala.

Dulu - dulu.

Waktu yang sangat memeritkan, memedihkan. Tapi waktu berkawan dengan kesunyian itulah yang menghasilkan beratus - ratus perkataan. ya! itu sudah tentu, macam situasi saya sekarang ni.

Berbuah - buah fikiran, layangan pemerhatian. Penerbangan imaginasi yang mengandungi pelbagai dimensi. Setia! Setiap masa, yang hakikatnya adalah satu zon masa yang lebih sesuai, gamaknya.

Tapi itu dulu.


Waktu itu, sudah tanam hajat. Sudah tanam impian. Sudah nekad. Nak keluar dari zon itu. Nak kerja keras, nak usaha lebih. Sekarang lebih selesa. Sudah. Nah, inilah dia impian itu.

Syukur memang lah syukur. Segalanya seperti yang dirancangkan, walaupun perancangan master belum mencapai kejayaan total. Tapi tengah on track untuk ke sana. Masalahnya sekarang ini ialah, bila dah masuk ruang ini habis hilang semua perkataan - perkataan lama. Dah takda bau kejujuran kata. Dah takda bau rasa. Macam pudar, macam hambar. Membosankan.

Dah hilang kesunyian.


Mungkin perlu bersunyi sendiri. Yang bunyi syiling pun tak nak.

shhhhhhh...

apakah.??

natural clenx Tea

Natural Clenx Tea.. 
 






Yup baru cuba

hari nie saya sengaja nak 'post' benda ni. Nak promosi ke apa, hahaha saya  pun tak tahu. 

Tapi, di sini mia cuma nak cakap bagi sesiapa yang dah minum Clenx Tea ni, teruskanlah. Memang berkesan bagi sesiapa yang nak amalkan diet. macam mia skrang ni Maksud mia, nak kurus. Erm.. huhuu  kan nak jadi model kena lah idamkan body yang cantik >,<'' hahahaha (ayat tak bole bla)

teh nie memang tak ada gula.. Sedap.. Rasanya macam teh cina. Huhu 


Nak tahu kesannya? 

Malam tadi mia minum, lepas tu pagi-pagi lagi dah rasa memulas-mulas. Sampai sekarang ni pun agaknya dah nak masuk lapan kali mia masuk tandas. Haha.. Tapi, badan rasa ringan tau! Sebab minum teh ni dapat buang semua benda yang tak diperlukan di dalam badan.
Tapi, selera makan tak bertambah. jangan risau. Tak rasa lapar, makan macam biasa. Tapi, bagi yang nak kurus kena jugalah kurangkan makan :)

lepas makan, tengah hari ni nanti  mesti banyak kali masuk tandas. Tapi, mia nasihatkan kalau nak minum ni, pastikan you all tak pergi mana-mana hari tu. Nanti satu hal pula nak cari tandas. Haha..



Saturday, April 9, 2011

Thnx 4 the Vote everyone :)

Hai You all!! rindunye .

dah lama tak update blog.. agak-agak dah berbulan-bulan dah bersarang dah pon ..Btw di sini mia nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi mengundi dan memberi sokongan kepada mia dalam pertandingan escape model.

apa motif mia masuk pertandingan nie? kau  nak jadi model ke mia ?? ada lah juga angan-angan tu.. 
entah kesampaian atau tidak :)dah la gemok T.T huhuu 
Tapi sekurang-kurangnya mia cuba.. hhuhu (berusaha nie)
 kalau menang syukur sangat-sangat -amin!-




perlukan sokongan anda  tolong ikut step ini 


2) tolong LIKE gamba ini  MIA-Escape model


sokongan anda amat saya hargai ;)


 alhamdulillah syukur :) 

Thank You all who voted and supported me 4 the Escape model  . :) 
                                             love u all.








pages

1. 16. 17. 62. 63.