Tadi aku ada terbaca 1 artikel dari website ni (Malaysian Airlines), pasal kelayakan seseorang yang ingin menjadi pramugara/pramugari. Aku agak tertarik juga la nak tahu lebih lanjut pasal benda ni, dalam masa yang sama, aku teringin nak tahu apa kelayakan yang di perlukan oleh seseorang untuk memenuhi criteria sebagai seorang pramugara/pramugari di syarikat penerbangan terkemuka. Syarikat penerbangan negara ini juga menawarkan pakej gaji yang menarik beserta elaun, kemudahan perjalanan, perubatan dan lain-lain..
Syarat Permohonan dan Kelayakan
- Warganegara Malaysia, berumur antara 18 – 30 tahun semasa tarikh temuduga.
- Lulus SPM / setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia serta lulus dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan 3 subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
- ‘Fasih’ bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. (Penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan)
- Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dan berat badan yang seimbang.
- Sihat tubuh badan dengan penglihatan baik (tidak rabun warna).
- Memiliki personaliti dan penampilan yang menarik dan bermotivasi tinggi ke arah kecemerlangan di dalam khidmat pelanggan.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut link la URL ni : http://www.malaysiaairlines.com/
Regularly update about site info : http://majusatraining.blogspot.com/