Total Pageviews

Followers

Monday, April 11, 2011

Senjakala Di pawagam 14 April 2011

Senjakala



perh! tajuk die pon dengar dah menakutkan.. belom lagi dengan cerita die.. owh sebelum terlupa.. Hai you all's.... cerita ni menarik perhatian mia untuk tengok filem nie.. rasa macam best..
jom semua kita penuhkan panggung tengok cerita nie..


Filem Senjakala memuatkan tema saka. Watak utamanya, Karlisa, adalah pewaris saka tanpa diketahui olehnya sendiri. Emak Karlisa, Puan Mazidah tidak mahu mewarisi saka yang dipelihara oleh Opah Maimun, nenek Karlisa dan emak kepada Puan Mazidah. 

AKibatnya, Opah Maimun sukar untuk menghembuskan nafas terakhir ketika nazak. Kerana kesian, ayah kepada Armand, Tuan Salleh, bertindak mengambil saka tersebut lalu memeliharanya. Ketika Tuan Salleh meninggal, saka warsan itu berpindah kepada Armand, anak lelaki Tuan Salleh.

Armand jatuh cinta kepada Karlisa ketika Karlisa pulang ke kampung kerana dipanggil oleh suara misteri yang sering didengari olehnya. Suara yang memanggil-manggil Karlisa untuk balik ke kampung adalah suara milik saka dibawah jagaan Armand, simply kerana saka tersebut mahu kembali ke pangkuan waris tuan asalnya, iaitu Karlisa, cucu kepada Opah Maimun.

haih.. penant betul taip.. tiru balik dalam majalah By'U nie.. bile search je dah ada  sinopsis dekat Internet nie.. haih.. apedaaa... 

pape pon, jom kita pergi tengok filem nie.. agak menarik hahaha yang best nye bunyik yang menyeramkan tuee.. :P


No comments:

Post a Comment

pages

1. 16. 17. 62. 63.