Total Pageviews

Followers

Thursday, July 29, 2010

petua baek punya !

korang nak petua tak? mia ada petua nie..mia cipta sendiri
tengah dalam kebosanan ni, tak tahu nak buat apa,so sedang belek-belek buku lama terjumpa petua ni. tapi petua tak habis bikin punya..so dalam kebosanan menunggu si Q reply ym mia ni lambat.. rekalah petua ni..
mula-mula mia sekadar ingin bergurau senda dengan Q . dan mia juga nak kongsikan dengan korang ni huh, petua segala petua tipu jea

1. Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang

2. Menegangkan Kulit Muka - Stapler Tempat? Yg Kendur Tu.. XD

3. Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi

4. Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak. ..

5. Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...

6. Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .

7. Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...

8. Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...

9. Menyegarkan Mata - Tuang Eye Mo. ..

10. Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...

11. Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket-Jengket

12. Menghilangkan Lebam Di Mata - Elakkan Dari Kena Penumbok..

13. Menghaluskan Kulit Muka - Gosok Dgn Kertas Pasir

14. Menaikkan Seri Muka - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangga..

15. Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi




eceh! you all lagi cantik dari mia lah >,<''
amacam? baik punya! ahahaha..itulah kebosanan yang sedang melanda diriku sekarang.
sebelum mia update blog ni petua-petua ni ada mia tanya pada Q dulu sebelum nie ..(main-main teka-tekok dengan sidia dulu) XD baru lah terlintas dalam fikiran nak taruk dalam blog ni huh.. so terjadilah sebuah entry yang merapu
 

Monday, July 26, 2010

Happy Birthday Diana

 HAPPY BIRTHDAY DIANA
 ~sweet 17~

To Cik D'Yana,

Happy birthday Cik Yana. wah sudah tua lah kamu!!Semoga dipanjangkan usia, dipermudahkan segala urusan, dan stay suweettt ya! Dan semoga kamu berjaya dalam Peperiksaan SPM tahun ini. 


Inilah dia Cik Yana Doodle yg suweeett itu!


-> May this year be your best ever.
-> I hope all your birthday dreams and wishes come true.
-> Not just a year older, but a year better.

                      and i love you my dear friend

love your bestfriend
mia <3



Saturday, July 24, 2010

Pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita bermula

salam, kepada kakak-kakak, abang-abang , aunty, makcik..dan sebagainya lah

disini ingin mia mia kongsikan dengan korang semua.. tadi mia baru saja lepas baca surat khabar mengenai
'pencarian one drop perfumes' mia berminat sebenarnya untuk menyertainya.. tapi memandangkan umur mia yang masih belum mencecah 18 tahun ni. rasenya tak jadilah.. 'cuma satu harapan'

tapi disini ingin mia kongsikan dengan you all semua..

korang baca ni..




KUALA LUMPUR 10 Julai - Pengimport dan pengeluar minyak wangi tanpa alkohol terbesar, One Drop Perfumes akan mengadakan pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita dengan kerjasama Mingguan Malaysia.
Peraduan yang bermula hari ini hingga 12 September bertujuan mencari wanita berkerjaya sebagai simbol wanita cemerlang.
Pengarah Eksekutif One Drop Sdn.Bhd, Zetty Syazleen Ismail berkata, peraduan yang pertama kali diadakan itu bertujuan mencari wanita yang mempunyai keyakinan diri serta personaliti menarik untuk menjadi inspirasi kepada wanita lain.

"Insya-Allah, peraduan itu saya kira akan mendapat sambutan memandangkan hampir 80 peratus pengedar One Drop sendiri terdiri daripada wanita. Ia terbuka kepada wanita warganegara Malaysia, berkerjaya dan berusia 21 hingga 38 tahun," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis kempen perayaan One Drop, Badan Wangi Poket Berisi di Solaris Dutamas di sini, semalam.

Berdasarkan sambutan baik diterima menerusi ruangan Citra Wanita yang disiarkan setiap Ahad di Mingguan Malaysia, beliau optimis peraduan ini akan menjadi wadah untuk menghargai wanita yang banyak memberi sumbangan kepada negara.

Hadiah utama yang bakal menanti juara termasuk wang tunai bernilai RM3,000, trofi, set barang kemas sumbangan Tomei dan hamper One Drop Perfumes.
Orang ramai boleh mendapatkan borang penyertaan peraduan di sisipan Kesihatan, Mingguan Malaysia setiap hari Ahad bermula hari ini.



** ** ** ** ** ** ** * * * * ** ** ** *  ** * ** * * ***  ** ** * * * *** * * * **** * * ** * * * * *** * * ** ** **

so mia nak makcik,makcik..kakak,kakak, abang, abang.. dan semuanya masuklah peraduan nie ye..
maklumlah mia tak boleh.. (sedih seketika)

ps://  kepada para contes yang memang dan yang masih belum menghantar alamat , sila hantarkan alamat anda ke email mia (mia_qmz@yahoo.com), terima kasih

Friday, July 23, 2010

Never Give Up !

entry kali ini ditujukan buat seseorang yang bernama Q, khas buad si dia..

AMARAN  :
dan kepada yang rasa nak muntah atau meluat baca entry kali ini please jgan baca..sebab entry kali nie.. entry penuh dengan perasaan..

       Q, mia minta maaf..memang salah mia kerana melayan saja apa yang dia katakan.. tanpa mia berfikir panjang..mia layang saja die tuh..walaupun mia sebenarnya tahu akan perangai die YANG macammana..

tapi mia betul-betul sedar ape kesalahan yang mia buat kali ini.. mia tahu di mana kesilapan mia dan mia akan tetap dengan mogok mia' mogok tak mau makan' sampai you maafkan mia.. kerana mia tahu salah mia dan mia tak mahu kehilangan you. 
i know it's hard for you to forgive me.. i know it's my fault..
mia tak tahu nak cakap macam mana lagi.. dah bermacam-macam mia lakukan.. sampaikan  kadang-kadang mia buat ,mia tak fikir panjang.. mia terus main redah je..

entahlah hari tu mia bagi surat.. entah you baca atau tidak? 
mia dah cuba.. tapi you tetap dengan pendirian you..
mia tak tahu nak buat macam mana lagi.. harapan mia kali ini cuma ingin you maafkan mia.. kesilapan yang sering ditimbulakan oleh mia sendiri..
tapi you kene tahu.. kita tak banyak masa lagi..
mia bersama you bukan selama-lamanya..'kita tak banyak masa Q' tolonglah
jika you inginkan kunci kebebasan.. tahun depan.. suka hati youlah nak buat ape pon.. sebab mia tidak lagi disisi you..'itu ke'?
kadang-kadang mia pasrah.. sampai mia tak tahu apa lagi yang harus mia buat lagi..

tak tahulah jika dengan kehadiran sebuah entry kali nie dapat  you maafkan mia atau lagi you marah mia? entahlah.. tapi mia betul-betul sedar kesilapan yang mia buat kali ini..betul!
mia bersalah..mia yang salah..

sudahlah.. terpulanglah dengan apa yang mahu you lakukan.. kerana yang bersalah mia..dan yang memaafkan itu you.. you ada hak keatasnya.. tapi mia tetap dengan 'mogok' mia..mia takkan makan sampai you maafkan mia.. 
you tahukan ..kalau mia cakap pasti mia kan buat.. dan mia memang akan buat dan bukan itu saja.. mia juga takkan pernah putus asa..!!!


Aku mahu beri kau gembira 
dan bahagia
aku mahu beri harap 

dan cahaya


Tapi aku belum putus asa
belum buat tika ini
masih ada saki baki
harapan sebesar biji sawi
cuma aku tak pasti
hingga bila bertahan begini

dan ku tak percaya
yang kau akan sanggup mempersenda
apa yang kurasa

                                                                                    
                                                                               salam maaf yang ku pinta 
                                                                                                                  mia<3

Thursday, July 22, 2010

Ujian Taekwondo

Salam,

ujian taekwando tadi, perh penat aih, datang-datang sekolah terus ambil exam.. tak praktis ape pon.. kalau nak kata hafal pattern.. macam tuh sajalah.. sebab b4 this pernah pergi bertanding sebelum ni.. tapi yang fasal sparing itu, 
jangan katalah.. mia langsung tak bersedia.. masuk-masuk dewan terus ambil ujian and terus sparing tanpa berlatih ape pon..

tapi tapi ujian sparing tu.. memang tak prepared ape-ape pon.. and terus lawann..lawan..lawan dan lawann hee ingatkan nak saja tarik rambut die  
ala perempuankan main tarik-tarik rambut  tak mengapa..
tapi sebab nak dapat kan markah nya.. mia sepak sajalah..tendang mana perlu.. tumbuk mana saja.. aslkan dapat markah.. tapi muka mia kene tendang masa sparing tu.. woh! sakitnya  bukang kepalang!

tapi ujian punya sebab sabar saja.. balas lah , ape lagi.. whoa dah kene penyepak kat muka takkan mau diam.. 
balaslah sekali.. hamboi2..bagi bahu minta muka die nie.. 
then lawan lagi dengan seorang lagi perempuan nie.. sebab that time tak cukup orang
so master suruh mia  masuk untuk berlawan dengan gadis ini..
lawan..lawan..lawann, pap! sekali kene
kene tendang tang buntut'
woah! tak sakit lah sangat..  then kene lagi.. kat kaki pulak.. 
itu sakit wow!.. kene tulang kaki beb sakit tu.. then mia tersungkur..menandakan mia kalah dalam perlawanan ke-dua..

erm, ituje lowt..tak banyak masa nie cerita ni tergantung.. tapi tak mengapalah.. sebenarnya mia kene cepat..
coz my dad is going to take my P1 Max..he gave me 15 minutes to make this entry only..
dan sorry dengan bahasa-bahasa yang kurang umphnya itu.. mia tergesa-gesa ..
bye semua take care 




Friday, July 16, 2010

The Twilight Saga: Eclipse





 Rasenye da lame tak tengok wayang. so curi-curi masa dengan keluar with my aqim, went to cinema. last wednesday ,tak tau nak mulakan dulu.. so let's start with the sinopsis first..


Just a quick sinopsis:

Bella still insist nak jadik vampire but Edward still tak setuju dengan pendirian Bella.
At the same time Victoria still mencari Bella sebab nak tuntut bela atas kematian lover die. Atas sebab itu die membuat bala tentera, of course tentera vampire untuk tumbangkan Cullen's Family. 
Start with Riley Bieer (orang suruhan Victoria) she finally manage to get a lot of vampire to deal with Cullen and to find Bella.
Bella at the same time da start confuse dengan perasaan die sendiri bile Jacob confess cintakan die. To prove that he really loves her, Jacob sanggup bekerjasama dengan Cullens untuk menentang bala tentera Victoria.
Dalam pertempuran menentang Victoria and the gang, one of them (warewolf and The Cullen) was seriously injured. 
Sape yang injured? Jom la kite gi tengok wayang. (hehehe..)

This is the Twilight best ever compared than previous one. This film lot of action and romance and have slightly humor, especially bile tibe scene Charlie (bapak Bella).

In this movie Bella and Edward tak la nampak cengkung sangat. Just nice je. Of course Edward still hensem giler (hahahaha) tapi still tak leh lawan Jacob yang very charming and looks good (even temper selalu...huhuhu)

*** *** ** ** ** ** *** **** *** **** *** ** *** 

if mia, i will give thumbs up to this film. For rating I will give them 8.5/10. ok tak?
i dunt know my hubby coment  pulak, he say's that movie is so bored ,myB becouse he didnt watched the 1st and 2nd thought. but it's ok.  he's enjoy the movie as well and that make's me happy as well ..

It is recommended to watch. Pada sape yang tak penah tengok previous movie but wanna see this one, you should watch Twilight and Twilight New Moon first. baru ade rase menjiwanya ^^, but i've read the 2nd one..huhu




ps; nanti got new kitten nak namakan mereka dgn namakan anak kucing Jacob and Edward. Tengok dieorang gaduh tak nanti? huhuhu
owh yeah! and my hubby got he's new name mia yang ciptakan..sebab die suka cubit-cubit orang..so mia panggil die dengan nama "MR CRAB" sesuaikan =.='' 
 

Berangan Untuk Berjaya


 Berangan adalah indah dan sebenarnya penting untuk tumbesaran minda orang berjaya. Ini bukan mia yang cakap yer, professor mak dia ni huh yang cakap. Bila berangan sesuatu yang ingin kita dapatkan dalam hidup membuatkan kita berusaha untuk mencapai angan tu.betul tak ?. Tapi masalahnya kalau seseorang yang kuat berangan tapi tak buat apa-apa tindakan dalam kehidupan akan menjadikan dia tu sengal kuasa lapan.  angan saje yang lebih tapi tak berusaha untuk mengejar angan tu.

Ada juga orang yang puas dan cukup hanya dengan berangan, dapat membuatkan dia jadi apa yang diangankan tapi hanya dalam alam fantasi jela bukan real macam Mat Jenin menjadi popular dengan hanya angan-angan.
Ada yang berangan untuk jadi kaya-raya, memiliki rumah yang besar, kereta mewah, jadi artis, jadi menteri dan macam-macam lagi. mia berangan nak kawin dengan prince charming  mia *=D (lari topik)

Siapa yang dalam hidupnya tak pernah berangan?. Baik kalau berangan dan usaha untuk kecapi apa yang diangankan tu daripada tak buat apa-apa. Hmmmm… Ntah apa la yang mia sedang bebelkan neh..:)


 

Thursday, July 15, 2010

Nak semak PLKN 2010?

tadi dekat sekolah kecoh kawan-kawan semua dengan PLKN.. if mia, mia tak mahu masuk PLKN..tak maw! tak maw!.. mana  nak check eyh? cari ke laman web tak jumpa ? masih berkhidmat lagi ke? 

guys, 
sorry lah, Tapi laman web tu dah tak boleh guna. tapi kalau nak pon kena Cuba sms.

Langkah 1 – 
Taipkan “NS(ruang)
e.g. NS(ruang) cth: 931105016750

Langkah 2 – Hantarkan SMS anda ke15888

Maklumat yang dihantar akan dikenakan caj RM0.40 setiap satu.

ORIGINAL POST FROM HERE

My # 1 didn’t get it. He is born in 1990. So, to all of you anxious parents and excited teens, you can find out the status now.
If you are 17 years old and wish to know if you have to be errm…send for detention class aka National Service, then, you can find out from this site from Jabatan Khidmat Negara.





This means I have one less thing to blog about. Kena tak kena pun tak mengapa lah. Jadi sesiapa nak semak sama ada anda perlu menyertai program khidmat negara boleh semak dari laman web di atas. Cara lain ialah melalui sms.

The winners of the 10 contestens


 jeng..jeng..jeng

I'm excited to announce the winners of the ten contests that i held last month  :
The Winner of the PHOTOGENIC contes are:








so you please email me your home address, so that i can send the gift to you right away. 
send it  to my yahoo mail and 
My email  is 

Congrats to you ladies! Thank you to everyone who entered!



 Congratulations! 
XOXO
MIA FARROW'S
<3


Friday, July 9, 2010

Marah tu tandanya sayang betul tak??

buat insan yang bernama lelaki



Bila pompuan kena marah dengan lelaki
Mula la merajuk sambil protes hentak hentak kaki
Lelaki yang marah rasa tak sampai hati
Tengok perangai pompuan yang manja sekali
Tapi bila pompuan yang marah kat lelaki?

Jangan sekali kali lelaki nak merajuk tanda tak puas hati
Nanti marah pompuan akan bertambah lagi
Bukan saja hentak kaki, silap silap kepala lelaki di hentak sekali
Bila pompuan buat salah dengan lelaki
Pompuan mintak ampun sambil senyum tak henti henti
Kalau tak berkesan, pompuan mengalirkan air mata kat pipi
Alehai...manjanya pompuan, terus lelaki sejuk hati

kan,kan,kan
 
Tapi andai lelaki yang membuat salah kat pompuan
Jangan la lelaki cuba dok senyum bukan bukan
Walaupun mengalir air mata darah lelaki keluarkan
Pompuan tetap tak cair bahkan langsung tak heran
 
Bila pompuan kecilkan hati lelaki
Pompuan pun akan mintak ampun berkali kali
Dengan muka manja pompuan kata lain kali tak buat lagi
Cis! Ni yang buat lelaki tak boleh tahan ni
tetapi kalau lelaki dah jadi hati batu baik tak payah lagi
buang masa,minit,saat je
 
Tapi jika pompuan berkecil hati dengan lelaki
Jangan la lelaki jemu untuk memujuk kembali
Kalau lelaki sama sama buat tak peduli
Alamatnya tinggal la lelaki tu dok gigit jari
 
Ni semua contoh krisis dalam hubungan
Tatkala marah, jangan terlalu ikut hati perasaan
Baik lelaki mahupun pompuan
Masing masing punya peranan

Bila lelaki marah, pompuan tolong pujukkan
Tapi bila pompuan  marah, lelaki....arghh!!! pedulikan




p/s : mia takut bila lelaki marah, (gigit kuku)
whatEver 
 

Saturday, July 3, 2010

Bila pula nak tangkap perempuan yang tidak menutup aurat?

huh! ini tajuk menakutkan iye tidak? masa tengah berjalan-jalan singah-menyinggah terjumpa satu blog.. yang dikatakan ingin menangkap wanita yang tidak menutup aurat

mari baca yang ini..

Negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) agaknya mahu mendahului negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS apabila memberi kuasa kepada 4 orang pegawai masjid untuk menangkap orang yang minum arak di khalayak ramai, orang yang menjual arak dan menyimpan arak.

Pegawai masjid yang seolah-olah diberi peranan sebagai "polis syariah" ini agaknya lebih berkuasa daripada polis biasa, kerana mereka boleh melakukan tindakan tanpa waran.

Walaupun tindakan "polis syariah" ini dikatakan berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah, tetapi dalam sebuah negeri yang bukan negara Islam dan tidak mengamalkan hukum Islam, tindakan berasaskan Enakmen Jenayah Syariah ini tentulah kelihatan janggal dan kelihatan sebagai anakronisme.

Dalam keghairahan untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah ini mungkin nanti ada pula tuntutan daripada golongan pejuang Islam untuk melaksanakan perkara berikut:

a) Menangkap perempuan yang tidak menutup aurat
b) Menangkap perempuan yang keluar rumah tanpa muhrim.
c) Menangkap perempuan yang keluar rumah seorang diri pada waktu malam
d) Menangkap pasangan bukan suami isteri (katakanlah kawan sepejabat) yang makan berdua-dua di kedai makan
e) Menangkap perempuan yang memandu kereta dan sebagainya.

Perkara di atas, kalau tidak silap memang berlaku di Arab Saudi, dan di Afghanistan pada zaman pemerintahan Taliban.

Saya tidak tahu adakah umat Islam di Selangor mahu begitu.



apa reaksi korang? pada mulanya mia baca pun takut juga.. nak tahu dari blog siapakah ini?blog JAIS.. Wah jangan main-main... huhuhu (gigit kuku)
tujuan mia mempamerkan apa yang dikatakan itu saja je.. 
(tapi sebenarnya dalam hati takut)   tak tutup aurat??
bukan mia kata korang.. mia pon same >,<'' 
haihh bilalah nak berubah ye?? erm, mia,mia
erm ada baiknya juga kan.. mereka berbuat sedemikian.. baik untuk kaun hawa. ^^
jadi pertimbangkan..  reaksi korang pula bagaimana?


ps:/ hari nie mia meluangkan masa dengan blog mia.. mia rindu korang lah! hee..
tengok-tengok hari nie mia blog sampai 2 kali huhu ^^

yeay dapat online kejap!


wah gembira tak terkata ni.. dapat mia berbelog kejap ..thank's to daddy!! sayang kamu!! waa rindu gila dengan blog ini! rindu juga pada kamu semua..
rindu mia tak? rindu mia tak? rindu mia tak?
well kepada yang dok tertanya-tanya 'ish kenapa mia cakap good bye' 'mia dah tak online lagi?'
well sebenarnya mia punya P1 MAX kena rampas.. waa (sedihnya)


ceritanya begini, 
puncanya mia gaduh dengan adik.. so die ni kiranya nak balas dendam.. so die pun bagitahulah pada mama yang kakak nie selalu berbelog! ish, sakit hati tau.. susah bila ada adik yang suka berdendam nie..
huhu so kepada yang kakak-kakak, abang-abang diluar sana yang ada adik tu, jangan ajar adik korang berdendam ! tut..tut korang kena sekali
macam kes mia ni.. pasal adiklah mia tak boleh nak berbelog lagi
sedih sangat (mari menagis bersama) T.T  
arghhh tidaakkkk!!! 


lagi pon ada baiknya bila parent's buat macam tu.. merampas semua gajet-gajet yang ada di tangan kita sekarang..
kenapa mia kata demikian?
baik untuk orang yang ingin menduduki  SPM tahun ini macam mia nie.
bila dah tak ada internet dekat rumah mula nak baca buku kan.. ceh-ceh macam korang tak macam tu??
nak mengaku tak?
hahaha  mula-mula parent's rampas camera nikon mia, then rampas phone sonny mia..then rampas P1 MAX pula.. sedih tahu tak.. sedih lagi bila berpisah dengan korang

erm, you guy's jangan lah lupa mia nanti ye.. ala mentang-mentang mia dah tak akan berbelog lagi ni
tak semestinya korang tak boleh follow-follow mia.. follow-followkan lah ye diri korang dengan MIA FARROW'S ni yee..
semestinya bila mia buka saja blog ini pastinya mia akan membuat mia senyum sampai ke telinga kerana korang sudi follow mia korang tahu tak!!!

tapi insyaallah akan mia usaha kan juga untuk berbelog sekali-sekala ye demi korang..dan demi belog yang ku cinta ini!!

ok mia rasa mia dah puas membebel dalam ni dah..


ps:/ mia rindu kalian dan juga blog mia semestinya, owh and you know what! mia dapat kucing baru!! kitten.. so sweet ^^

Thursday, July 1, 2010

good bye

salam

mia mungkin tak akn guna blog ini buat tahun ini..
harap maaf kepada semua

kepada para kontes yang menyertai  contes yang mia anjurkan.
akan mia umumkan siapa pemenangnya pada 15 hari bulan seperti mana mia janjikan

dan kepada yang sudi follow mia tu.. terima kasih banyak-banyak
do keep following mia yeah^^

ps:/ mia mungkin tak akan online lagi.. sorry kawan-kawan ,

pages

1. 16. 17. 62. 63.