Total Pageviews

Followers

Saturday, July 24, 2010

Pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita bermula

salam, kepada kakak-kakak, abang-abang , aunty, makcik..dan sebagainya lah

disini ingin mia mia kongsikan dengan korang semua.. tadi mia baru saja lepas baca surat khabar mengenai
'pencarian one drop perfumes' mia berminat sebenarnya untuk menyertainya.. tapi memandangkan umur mia yang masih belum mencecah 18 tahun ni. rasenya tak jadilah.. 'cuma satu harapan'

tapi disini ingin mia kongsikan dengan you all semua..

korang baca ni..




KUALA LUMPUR 10 Julai - Pengimport dan pengeluar minyak wangi tanpa alkohol terbesar, One Drop Perfumes akan mengadakan pencarian One Drop Perfumes Citra Wanita dengan kerjasama Mingguan Malaysia.
Peraduan yang bermula hari ini hingga 12 September bertujuan mencari wanita berkerjaya sebagai simbol wanita cemerlang.
Pengarah Eksekutif One Drop Sdn.Bhd, Zetty Syazleen Ismail berkata, peraduan yang pertama kali diadakan itu bertujuan mencari wanita yang mempunyai keyakinan diri serta personaliti menarik untuk menjadi inspirasi kepada wanita lain.

"Insya-Allah, peraduan itu saya kira akan mendapat sambutan memandangkan hampir 80 peratus pengedar One Drop sendiri terdiri daripada wanita. Ia terbuka kepada wanita warganegara Malaysia, berkerjaya dan berusia 21 hingga 38 tahun," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis kempen perayaan One Drop, Badan Wangi Poket Berisi di Solaris Dutamas di sini, semalam.

Berdasarkan sambutan baik diterima menerusi ruangan Citra Wanita yang disiarkan setiap Ahad di Mingguan Malaysia, beliau optimis peraduan ini akan menjadi wadah untuk menghargai wanita yang banyak memberi sumbangan kepada negara.

Hadiah utama yang bakal menanti juara termasuk wang tunai bernilai RM3,000, trofi, set barang kemas sumbangan Tomei dan hamper One Drop Perfumes.
Orang ramai boleh mendapatkan borang penyertaan peraduan di sisipan Kesihatan, Mingguan Malaysia setiap hari Ahad bermula hari ini.



** ** ** ** ** ** ** * * * * ** ** ** *  ** * ** * * ***  ** ** * * * *** * * * **** * * ** * * * * *** * * ** ** **

so mia nak makcik,makcik..kakak,kakak, abang, abang.. dan semuanya masuklah peraduan nie ye..
maklumlah mia tak boleh.. (sedih seketika)

ps://  kepada para contes yang memang dan yang masih belum menghantar alamat , sila hantarkan alamat anda ke email mia (mia_qmz@yahoo.com), terima kasih

No comments:

Post a Comment

pages

1. 16. 17. 62. 63.