Total Pageviews

Followers

Tuesday, October 26, 2010

Take me as what i am

salam satu malaysia =)

Aku ada permasalahan hebat sikit dengan manusia yang jenis aku-adalah-aku, dan-kau-tak-boleh-mengubah-aku-mengikut-cara-engkau. Sebab semuanya bullshit belaka.


Ginilah. Kau ada masalah attitude, semua orang mempunyai problem dengan attitude kau yang cakap lepas dan cakap takda insurans langsung,

Aku tak suka orang mengadu simpati atas kekurangan diri kerana akhirnya, kau nak tak nak, kau harus berpijak di tanah ini dengan kaki kau sendiri. Berdikari.

*take as note*

Kau fikir kau gemuk/kurus dan kerana itulah orang benci kau.
Kau fikir kau cantik/handsome dan kerana itulah orang benci kau.
Kau fikir kau bijak pandai dan kerana itulah orang benci kau.
Kau fikir kau kaya terlalu dan itulah orang benci kau.
Kau fikir kau hotstuff bangat dan itulah orang benci kau.
Kau fikir kau pondan/tomboy dan kerana itulah itulah orang benci kau.
Kau fikir kau ada boyfriend/girlfriend yang handsome/cantik dan kerana itulah orang benci kau.
macam ni lah hari ni aku fikir kn ia sebagai POSITIF ok ??

Molek kata, kau perasan
 
Kalau kau gemuk tapi kau mempunyai personaliti yang ramah, yang friendly dan mudah get along dengan orang, ada ke orang nak benci kau? Orang yang benci akan kata "Dah la gemuk, poyo pulak tu." Jangan nak menyalahkan bentuk badan dan berasa rendah diri hanya kerana rupa bentuk/rupa muka kita. Kerana kalau kita fikir gemuk itu satu kekurangan, sampai bila kita nak merasa lebihnya dari kita?

Kau malu dengan diri kaw? (sedar pon) ish! mia think positif =.='' 
kau tunduk ke bawah kerana kau segan dengan bentuk badan kau. Come on, buka langkah, jalan megah, kerana kau tak perlu bergantung pada bentuk badan engkau kerana kita istimewa dengan cara kita. Best ke jadi kurus kalau kena diet gila nak mati semua hanya kerana nak jadi cicak?
Kalau kau bijak pandai tapi kau merendah diri dan tidak bongkak atas ilmu yang kau ada, kau rasa orang nak benci kau ke? Orang benci kau bukan kerana cemburukan ilmu yang kau ada, tapi membenci kau kerana tingginya hidung kau atas apa yang kau ada. Ya, diakui, kau mempunyai otak yang geliga dengan ilmu-ilmu yang kau ada, tapi kalau ilmu ke langit dan perasaan bangga diri juga seiring mahu ke langit juga menguasai diri kita, buat apa? Takda guna.

Basically. Apa yang kau ada harini, bukan kerana kelebihan atau kekurangan itu yang membuatkan orang benci engkau, tapi mungkin aspek merendah diri itu tiada dan kebongkakan kita ini sangat lebih. Tak salah, kita berpijak di bumi nyata dan merendah diri dengan apa sahaja yang Tuhan beri pada kita.

Kau tak boleh terus hanyut dalam diri engkau sendiri yang kau rasakan tu memang cara engkau. Sebab sejauh mana kalau kau bawak prinsip be-yourself tu takkan membantu jika apa yang kau buat irritate atau annoying sungguh untuk si kawan itu. Akhirnya takda siapa yang nak dengan kau kalau terus dalam comfort zone yang kau buat sendiri. You can be yourself tapi yang baik-baik tu buat lah tapi yang bila kau tahu boleh buat orang tak senang, tak perlu aku rasa. Cukup lah cukup.

Tolong jangan semaikan attitude tu dekat orang sangat, attitude diri sendiri pun dah cukup untuk diri sendiri dah, bukan?

Rendah diri.tetapi jangan terlalu rendah diri..kerana itu juga akan buat orang rimas akan kau  Itu saja. Cukup besar rendah diri kita kalau kita calit-calitkan ia pada setiap aspek hidup kita. Entri ini entri untuk saling ingat-mengingati, aku katakan untuk aku dan untuk kita semua. Sama-sama kita ingatkan! :)
ikhlas dar hati ke hati 
yang benar 
MIA 

No comments:

Post a Comment

pages

1. 16. 17. 62. 63.