Total Pageviews

Followers

Monday, May 10, 2010

Adakah Si Dia Jodoh Kita??



Jodoh adalah ketentuanNya, tapi bagaimana hendak mengetahui jika si dia memang ditakdirkan untuk diri kita? Berikut beberapa petanda yang dia adalah jodoh anda.


:1 Kekasih anda itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon.
Cuba perhatikan cara dia berpakaian, percakapan, ketawa serta makan dan minum. Adakah ia spontan, tidak dikawal atau kelihatan pelik? Kalau dia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia memang sedang berlakon. Tetapi apabila dia bersahaja, dia mungkin calon hidup yang sesuai.


:2 Senang bersama
Walaupun selalu bersama, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu atau tertekan pada diri anda. Anda sentiasa tenang, gembira dan dia juga menjadi pengubat kedukaan. Apabila berjauhan, rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang atau malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


:3 Terima kita seadanya
Dia tidak mengambil kisah siapa anda sebelum ini, yang penting, siapa anda sekarang. Dia juga sedia kongsi kisah silamnya. Tidak perlu berahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


:4 Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum² agama. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Anda dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan sentiasa bersama anda.

:5 Percaya mempercayai
Setiap orang ada rahsia tersendiri. Ada kalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

:6 Senang bekerjasama
Segala kerja yang dilakukan perlu ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing². Ini penting untuk masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar untuk hidup ersama.


:7 Fahami diri pasangan
Semasa anda sakit, dia bawa ke klinik. Semasa anda berduka, dia menjadi penghibur. Apabila susah, dia menjadi pembantu. Dia sentiasa bersama dalam sebarang situasi, tidak kira gembira atau berduka.


:8 Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna. Bagi si dia yang bersedia menjadi teman hidup, dia tidabk terlalu menyimpan rahsia kelemahannya. Malah dia tidak segan mempamerkan keburukannya.


:9 Dengarlah kata hati
Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami  perasaan pasangannya. Anda dan dia dapat membaca fikiran antara satu sama lain.
Kita hanya mampu berusaha dalam meilih yang terbaik. Dengarlah kata hati dan buat pilihan. Serahkan segalanya pada ketentuan Yang Maha Berkuasa.


Credit : Metro.

No comments:

Post a Comment

pages

1. 16. 17. 62. 63.