Total Pageviews

Followers

Saturday, May 8, 2010

Terima Kasih 2010 ^^

  rakan, sahabat, teman ?
apa bezanya..

Aku tahu ada yang tak suka blog aku dan sedikit pun kisah walaupun ada sedikit kekisahannya, tapi, aku tak mampu nak ikut jiwa orang lain. !!
Ini rumah aku, ini jiwa aku. Kau datang rumah orang, kau tu tetamu, ikutlah alur jiwa tuan rumah ya? Jangan dok gatal buat macam rumah sendiri sangat.

 Serius. Sebenarnya, banyak yang mia  pelajari dalam tahun ni, kadangnya ada yang mia pelajari itu mia ingat dan kadangnya ia berlaku tanpa sendiri mia ingati tapi dalam diam tetap mengajar mia.
Kalau korang semua nak tahu, 2010 mengajar mia..

- 2010 juga mengajar mia, kawan yang kita kenal sehari pun mungkin boleh lebih baik daripada kawan yang kita anggap kawan baik ataupun kawan yang lama. Kadang-kadang bila kita jumpa seorang kawan tu, kita ingat dia memang sekepala dengan kita, memang kita jangka kita akan jadi kawan baik selamanya dengan dia. Tapi, tiada apa yang kekal. -.-''

Mia bersyukur kerana menempuhi permasalah persahabatan seperti ini kerana dengan ini, mia boleh nampak warna sebenar seseorang itu. Yang kita selalu dok kita sangkakan lebih teruk  atau baik  daripada apa kita sangka.

Dalam persahabatan ini, kita tak pernah menjangka siapa kawan dan siapa lawan. Apabila segalanya terungkai, kita sendiri pun mampu terkejut.

- Seterusnya. Orang yang tidak mengenali  kita akan terus bercakap buruk tentang kita dan mereka biasanya akan terus meng-judge kita walaupun mereka tidak mengenali kita secara lahiriahnya. Tolong ya, kalau Korang baca blog mia, kau kawan Facebook atau Myspace mia, atau di alam persekolahan yang kiranya sudah lama kenal walaupun hanya baru sahaja masuk kelas sama.
jangan lah korang fikir korang ni dah kenal sangat mia dan korang boleh kata mia macam itu, macam ini.


Yang dikenali di alam maya ini cuma peratus kecil sahaja diri aku yang sebenarnya. Janganlah dibuat macam kita ni kawan daripada kecil yang korang sudah tahu perangai baik buruk aku dan kau boleh lontarkan apa sahaja yang kau rasa kau suka. Macamni lah, kita kalau tak kenal orang, kita tak payah dok gagah nak buat macam dia tu kawan baik kita apa, buat biasa-biasa sudah la ya?


Jangan risau, mia tahu pembaca blog mia ini orang-orang yang baik. Yang suka buat macam dah kenal bertahun-tahun ni hanya sebilangan kecil sahaja kan??
Kawan yang kekal bertahan hingga kini, korang memang terbaik. Bukan semua orang boleh bertahan dengan Mia kan, haha! =.=

Aku seriously bersyukur ada kawan-kawan yang aku boleh harap, 
termasuk hubby aku..
bila aku perlukan sentiasa ada dan  boleh berkongsi masalah dan selalu memberi nasihat 
dan bukannya kawan yang bersandarkan pada nama kawan ataupun kawan yang ada kepentingan sendiri.
aku tak maksudkan kawan perempuan aku . bukan kau dan bukan sesiapa


Baik lah, baik lah. Serius aku tak tahu apa signifikasi apa lagi dalam entry ini. 
Jika sudi, teruslah membaca dan jika membaca ni punggung korang terasa panas  atau tangan korang dah tak sabar-sabar tukar kepada entry lain
dah-dah tak perlu la lagi bukak ya. 
Tapi guna la reverse psychology, makin kau benci dekat benda tu, makin kau nak tahu tentang benda tu. Sama dengan blog aku, mungkin kau tak suka apa yang aku tulis, 
tapi kau akan tetap terus membaca sebab nak cari lagi salah aku lagi, bukan?


PS:
aku tahu korang pasti terjah blog aku ni..
aku dah tak mahu bahaskan persoalan ni lagi..
yang sebenarnya aku tak maksudkan sesiapa..
 IF ada yang dikalangan korang yang terasa apa yang aku katakan aku minta maaf!!
as i said " tiada siapa yang mia maksudkan dalam ni"



No comments:

Post a Comment

pages

1. 16. 17. 62. 63.