:( kesiannya baby tu..
Ya Allah...apakah kejadian skrng ini...mcm2 berlaku...manusia dah xder prasaan lgi ker?malu bagi dkt org ke malu kene penjara/hukum...kalau pn t
lebih kejam daripada haiwan...bayi yang tidak berdosa dijadikan mangsa sedangkan semuanya berpunca dari kesalahan diri sendiri..
hampir setiap hari kes seumpama ini berlaku..
Guru temui mayat perut terburai di asrama sekolah
KUCHING: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di Betong, 300 kilometer dari sini, pagi semalam.
KUCHING: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah di Betong, 300 kilometer dari sini, pagi semalam.
Sumber berkata, sebelum itu guru terbabit membuat pemeriksaan ke asrama selepas mendapati pelajar tingkatan empat itu tidak menghadiri kelas, semalam.
“Guru itu terkejut melihat mayat bayi baru lahir yang mengalami kecederaan teruk hampir seluruh badan dengan keadaan perutnya terburai.
“Polis yang tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan, memeriksa mayat bayi itu dan menemui tujuh kesan kelar iaitu dua di bahagian belakang, dua di tangan, dan masing-masing satu di leher, rusuk serta perut,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Betong, Asisten Superintendan Henry Nyuhai, yang mengesahkan kejadian itu berkata polis turut menemui sebilah pisau pemotong sayur dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Katanya, pisau sepanjang 15 sentimeter itu ditemui disorok dalam cadar dan polis turut merampas cadar serta tilam sebagai barang bukti.
“Pelajar perempuan itu kini ditahan di wad hospital dan dikawal rapi pihak polis. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Di BALING, seorang suri rumah terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di atas kerusi di depan rumahnya di Kampung Charok Bakap, Parit Panjang, pagi semalam.
Suri rumah berkenaan, Maimunah Bidin, 56, berkata pada mulanya dia terdengar suara tangisan bayi terlalu hampir dengan rumahnya, pada jam 6.45 pagi lalu menjenguk keluar melalui tingkap.
“Saya terkejut apabila mendapati ada objek dibungkus dengan kain pelikat ditinggalkan di atas kerusi depan rumah dan sebaik diperiksa ada bayi yang masih bertali pusat dan dipercayai baru dilahirkan.
“Bayi itu dipakaikan baju lengan pendek dan berseluar panjang serta kelihatan lesu," katanya, semalam.
Dia mengambil bayi itu sebelum menghantar ke rumah jirannya, Johanawati Abdul Wahab, 50, sebelum mereka membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan, berkata bayi lelaki seberat 2.5 kilogram itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk menerima rawatan lanjut.
No comments:
Post a Comment