Total Pageviews

Followers

Saturday, October 15, 2011

SEMUA PEMBACA BUKU PTS dan PEMBACA BUKU AINMAISARAH DIJEMPUT HADIR.

jom, kita ramai-ramai memeriahkan lagi suasana dengan menghadiri perjumpaan yang diadakan oleh penulis buku yang terkenal, siapa tak kenal, AinMaisarah :)




mereka akan mengadakan satu perjumpaan besar-besaran untuk semua pembaca buku AinMaisarah pada 26 -28 November 2011. (Sabtu hingga Isnin)

Banglo ini sangat luas. Ada swimming pool juga. Kita akan jalankan pelbagai aktiviti menarik di sini sepanjang 3 hari tersebut. Antara yang menarik :


1) Sesi make over dan photoshoot.

2) Penampilan Fasha Ketua The Wannababes.
 
3) Sesi persembahan magis oleh 2 orang penulis.

4) Pameran dan jualan lebih 1000 judul buku PTS.

5) Ceramah rahsia penulisan oleh AinMaisarah.

6) Kuiz dan aktiviti untuk menang buku.

7) Aktiviti bersama 10 orang penulis buku remaja.

8) Makan dan Minum di Cafe Pink AinMaisarah


Alamat Banglo Ukhwah ini :

No. 12, Persiaran Titiwangsa,
Taman Tasik Titiwangsa,
47100 Kuala Lumpur.


Soalan-soalan berkenaan perjumpaan ini :

Siapa yang boleh datang?
Semua orang, kecil, remaja, belia, dan dewasa.

Adakah perlu bermalam?
Tidak perlu. Hadir 1 jam pun boleh. Hadir 4 jam pun boleh. Ikutlah jadual aktiviti.

Apakah masa yang sesuai untuk hadir?
Majlis berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam. Boleh datang pada bila-bila masa pada waktu tersebut.

Saya mahu datang dengan keluarga?
Boleh, datanglah ramai-ramai. Lebih ramai lebih bagus.

Berapakah jumlah bayaran?
Tiada bayaran dikenakan untuk masuk tetapi ada jualan buku dan makan minum untuk dibeli. Bawa wang untuk beli makanan dan buku SAHAJA.

Apakah barangan yang akan dijual di situ?
Buku-buku PTS. Buku AinMaisarah. Buku remaja. Cenderahati. Makanan dan minuman. Baju dan pelbagai barangan eksklusif daripada Ainmaisarah dan PTS.

Boleh senaraikan aktiviti semasa perjumpaan ini?
Kami sedang menyediakan aktiviti. Ia akan diumumkan selepas hari raya nanti.


jumpa di sana :))

No comments:

Post a Comment

pages

1. 16. 17. 62. 63.